Doa untuk anakku yang teristimewa





Doa ini ummi dapat dari guru positif ummi dalam bidang pengurusan emosi,  Puan Maznah Ibrahim.

Bilamana beliau mendapat perkhabaran keistimewaanmu, terus diberinya doa ini untuk ummi amalkan sebelum Ashfa tidur.  Agar sel badan sentiasa positif dan kuat.  Makanan minda hari-hari. Bila emosi ringan,  Ashfa kuat menghadapi apa saja di masa hadapan.  In Sha Allah.


Ummi pahatkan doanya di sini.

Akan ummi tanamkan selalu spirit positif ini dalam dirimu. Bila sampai masa ummi tak lagi bersamamu,  ashfa sayang ulanglah doa ini buat diri ya.


بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian dan pujaan buat Tuhan yang memiliki hari pembalasan.
Pemilik sekalian alam yang Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan.

Wahai Ashfa.
Ashfa orangnya tenang dalam segala hal yang Ashfa lalui.

Ashfa terima, redha dan berlapang dada dengan situasi ujian kelainan yang sedang Ashfa lalui sekarang.

Cabaran dan ujian yang Ashfa sedang alami ini, adalah tanda kasih sayang dari Allah yang berterusan dan amat kukuh buat Ashfa sekeluarga.

Ujian dan penyakit zahir ini adalah proses untuk membuang segala sakit dan penyakit batin dalam diri Ashfa. Sakit ini juga adalah proses penyembuhan jiwa buat Ashfa.

Ashfa yakin, setelah habis proses penyembuhan ini, dengan izin Allah, Ashfa menjadi Khalifah dan hambaNya yang lebih cemerlang dunia akhirat.

Ashfa tenang
Ashfa tabah
Ashfa redha
Ashfa berlapang dada
Ashfa terima cabaran hidup ini dengan gembira dan ikhlas.
اَلْحَمْدُلِلّهِ
اَلْحَمْدُلِلّهِ
اَلْحَمْدُلِلّهِ

Syukur Wahai Allah, atas nikmat kelainan ini.
Sesungguhnya tiada penyembuhan selain penyembuhan dari Mu penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Terima kasih kerana bersyukur atas nikmat ini.

Mulai saat ini, Ashfa semakin pulih, semakin sihat, semakin cerdas dan cergas, semakin ringan tubuh badan Ashfa untuk lakukan ibadah dan mengikut segala perintah الله dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Keberkatan penyembuhan dari Allah tersebar luas hingga tempiasnya dirasai oleh jiwa-jiwa yang berada di samping Ashfa.

اللهم امين

0 comments:

Post a Comment